Tuesday, October 27, 2009

Alzheimer Alnajis

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.

Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Tuesday, August 11, 2009

"Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit"

RENUNGAN BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009) luahan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.
Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu,
Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.
Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.
Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.
Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.
Begitu juga dengan akhbar Cina,
China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.
Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.

Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.


Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.
Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar.

Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun.


Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?
Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.

Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah.

Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.
Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita?
Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?
Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia , bukannya orang Cina.
Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.
Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain.
Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?
Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.
Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan.
Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.
Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.
Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan.
Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.
Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.

Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain.
Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.
Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini.
Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.
Saya hanya cuba mengatakan yang benar.
Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.
Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.
Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan.
Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.
Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.
Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung.
Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.

Saya menulis atas kebenaran.
Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan.
Saya tahu asal usul saya.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.
Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.
Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud.
Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.

Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri.

Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.
Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu.

Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India ) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.
Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China . Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup
berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?
Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana .
Kita lihat di Thailand , pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina.
Hari ini,
orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai ( Siam ).
Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.
Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China . Begitu juga di Indonesia . Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.
Berbeza dengan di Malaysia , sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia , keadaan masih tidak banyak berubah.

Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu.
Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.
Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.
Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah.
Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.
Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.
Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.
Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.
Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.
Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.
Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu.
Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.
Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah.
Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.
Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?
Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China .

Apakah idea ini tidak rasis?

Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis.
Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.

Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia ?

Apakah politik sebegini tidak rasis?
Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.
Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.
Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.
Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.
Fakta ini salah dan menyeleweng.
Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina.

Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/ permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain.

Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu..

MPAJA adalah alat PKM.
Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.
Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?
Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.

Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?

Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.
Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini.
Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?
Tetapi kita ada :

  • Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
  • Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
  • Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
  • Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.

Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis?
Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?
Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.
Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini.

Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?

Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia ?
Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.
Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.
Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.
Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.
Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.
Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.
Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.
Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan.
Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.
Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata.
Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?
Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.
Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.
Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina.
Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.
Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata?
Jawabannya tidak!
Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya.
Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.
Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.
Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia ?
Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?

Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu.

Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.

Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu?

Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini?
Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi.
Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.
Semua negara bermula dengan satu bangsa.
Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.
Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya.
Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan.
Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa?
Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?
Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.
Bandingkan juga dengan Singapura.
Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina.
Adakah nasib Melayu Singapura terbela?
Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu?
Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain?
Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?
Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia ?
Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.
Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain.
Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!
Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.
Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.
Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin?
Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.
Jangan pula agama mereka dipersalahkan.
Agama itu terlalu suci.
Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.
Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO..

Apakah UMNO ini terlalu buruk?

Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain?
Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi?
Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali?
Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia.
Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah perbuatan segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan.
Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur?

Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit."

Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Friday, August 7, 2009

Penyelewengan KAFIR LAKNATULLAH!!!

MAKLUMAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM!!!!TOLONG SEBARKAN PERKARA INI, SEMOGA UMAT ISLAM
TIDAK TERSESAT..
Write Makkah but dont write Mecca be cause Mecca means = house of wine!!!
Write Muhammad but dont write Mohd be cause Mohd means = dog with a big mouth!!!
Write Allah s.w.t but dont write 4jjia be cause 4jjia means = for judas jesus isa almasih!!!
Send t his to all muslims!!!!!!

Perkataan BYE adalah jarum sulit Kristian yang BERMAKSUD dibawah naungan Pope.
JANGAN gunakan A'KUM sebab ia BERMAKSUD binatang [dalam bahasa yahudi].
SEMEKOM
pula be rmaksud celaka kamu.
Jadi GUNAKAN perkataan SALAM sebagai singkatan bagi Assalammualaikum.
Tolong forward pada umat Islam yang lain.


UNTUK ELAKKAN DARIPADA DIRI MEMBUAT DOSA YANG TAK DISENGAJAKAN.


TOLONG SEBARKAN. Kalau nak be li Al-Quran yang dicetak edisi baru. Hati-hati sebab ada yang palsu
1-surah al iman
2-surah al wasaya
3-al tajasud
4-al muslimoon


JANGAN sesekali LAYARI www.thequran.com (NO NO NO) kerana semua isi laman web tu palsu. SEBARKAN JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM.

Monday, July 27, 2009

Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)

Kampung Baru 1948-1960

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila [Perang Jepun dengan China] ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Sumber: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tuesday, July 21, 2009

Ajaran Sesat

Ciri-ciri Organisasi Ajaran Sesat

Organisiasi ajaran sesat pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
    Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
  • Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
    Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
  • Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
    OAS biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
  • Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya
    Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.

Senarai Ajaran Sesat Telah Di Wartakan (JAKIM).

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


??. Parti Ajaran Sesat ( KIV - akan dinilai sendiri oleh ahli dan rakyat sejauh manakah kesesatan mereka )

Saturday, July 18, 2009

Apakah itu Syirik?

Syirik adalah kata dasar Syaraka yang bermaksud : Menyamakan sesuatu dengan sesuatu dari segi bahasa. Manakala dari segi syarak bermaksud: Menyamakan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah samada secara iktikad, perbuatan atau perkataan.

Syeikh Sulaiman bin Abdullah telah membahagikan syirik itu kepada empat bahagian iaitu Syirik Rububiyyah, Syirik Asma', Syirik Sifat dan Syirik Ubudaiyah.

Bentuk Syirik Rububiyyah ialah mempersekutukan Allah dalam pentadbiran alam ini iaitu,

Pertama - Menafikan Allah sebagai pentadbir alam ini sebagaimana ucapan yang dilafazkan oleh firaun yang termaktub di dalan Al-Quran yang bermaksud:

"(Firaun berkata) akulah tuhan kamu yang tertinggi".

-Al-Nazaat ayat 24-

Kedua - Mengiktiraf adanya kuasa selain Allah yang mengurus alam ini.

Manakala Syirik Asma' dan Sifat iaitu menyamakan sifat-sifat Allah dengan sesuatu yang lain, samada dalam bentuk tindakan atau percakapan. Ia juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu,

Pertama - Menyamakan Allah dengan makhluk seperti pendapat yang mengatakan tangan Allah seperti tangan makhluk, pandangan dan pendengaran Allah sama seperti pendengaran manusia sedangkan Allah bersifat sempurna sebagaimana firmannya yang bermaksud:

"Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengannya".

Kedua - Menyatakan sifat Allah s.w.t. kurang atau lemah yang nyata bertentangan dengan sifat Allah s.w.t., yang lengkap lagi Maha Tinggi.


Syirik Ubudaiyyah iaitu syirik dari segi penyembahan yang banyak berlaku dalam masyarakat kita samada disedari atau tidak iaitu:

Pertama - Menyembah selain Allah. Meminta dan bergantung harap kepada selainnya seperti meminta sesuatu kepada pokok, busut, kubur keramat, pantai dan lain-lain lagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya".

- An-Nisa' ayat 36 -

Kedua - Beribadat dengan tidak ikhklas (riak). Ia beribadat mungkin kerana kepentingan diri, mencari nama, pangkat, pengaruh dan sebagainya. Ia juga disebut sebagai syirik kecil. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan Al-Hakim, seorang sahabat bernama Syaddadi bin Aus telah menemui Rasulullah s.a.w. pada suatu malam dan mendapati baginda sedang menangis, lalu ia pun bertanya :" Kenapa Rasulullah s.a.w. menangis?,. Baginda menjawab :" Aku takut umatku ditimpa syirik walhal mereka bukan menyembah berhala, tidak pula menyembah bulan dan matahari atau batu, hanya kerana mereka berlaku riak dalam mengerjakan amalan".


Kebanyakkan ulama' seperti Syamsuddin Al-Zahbi dalam kitabnya Al-Kabair membahagikan syirik itu kepada dua bahagian iaitu syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar menjadikan makhluk lain sebagai sekutu Allah dengan menyembah secara langsung seperti batu, matahari, pokok, manusia dan binatang. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Qaumul Jawazi yang menyatakan bahawa orang yang melakukan perkara ini tidak akan diampun oleh Allah melainkan bertaubat dengan taubat Nasuha.

Syirik merupakan amalan yang berbahaya kepada umat Islam. Ia akan menyebabkan jiwa menjadi gelap dan hati menjadi mati. Ia juga akan mempengaruhi perilaku dan sikap individu. Ia akan menyebabkan manusia kehilangan pegangan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t. Malah telah dinukilankan dalam al-quran al-karim sebagai satu perbuatan yang amat zalim iaitu Zulmun Azimun. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

-Luqman ayat 13 -

Selain merupakan satu dosa besar, ia juga tidak mendapat keampunan Allah s.w.t. sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya)".

- An-Nisa' ayat 48 -


Dalam masyarakat kita hari ini, terdapat beberapa perbuatan syirik tanpa kita sedari iaitu riak dengan menonjol-nonjolkan amalan yang dilakukan bermatlamat untuk dipuji oleh pemimpin, masyarakat dan peminat-peminatnya

. "Barangsiapa yang memperdengarkan (amalannya), maka Allah akan memperdengarkannya dan barangsiapa yang memperlihatkan (amalannya), maka Allah akan memperlihatkannya".

-Riwayat Al-Bahari -

Begitu juga apabila seseorang itu kurang mempercayai dan meragui kekuasaan Allah s.w.t., bahkan ia mengharapkan pula bantuan kuasa lain. Kita juga jarang menyebut dengan izin Allah s.w.t. tetapi biasa dengan perkataan jikalau, sekiranya atau kalau tidak. Perkataan ini merupakan kalimah negatif yang boleh mengurangi kepercayaan terhadap kekuasaan Allah s.w.t.

Contoh paling jelas, apabila seseorang yang ditimpa sakit, yang tiada harapan untuk sembuh, walau pun telah ramai doktor dan dukun cuba mengubatinya, namun masih gagal. Lalu ia berubat dengan salah seorang dukun dan ia telah pulih seperti sedia kala. Walaupun hanya dengan kata-kata yang tidak disedarinya dengan berkata:"Kalau bukan kerana dukun itu, sudah lama aku mati!". Pernyataan yang sedemikian boleh membawa kepada syirik.

Selain itu, dengan mempercayai kuasa-kuasa ghaib yang boleh memberi pertolongan. Penggunaan tangkal supaya menjadi kebal. Memuja dan membayar nazar pada kubur keramat, pokok besar dan keris adalah termasuk perbuatan syirik.Begitu juga ubat guna-guna untuk memperdayakan orang lain supaya tunduk dan mengikut kehendaknya. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambat hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik".

-Riwayat Abu Daud Imam Ahmad -

Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah berwaspada dan berhati-hati dalam sebarang perbuatan, tindakan dan percakapan kerana ditakuti boleh menjerumuskan kita kedalam amalan syirik. Malah ada ketikanya ia berlaku tanpa kita sedari hingga merosakkan unsur-unsur tauhid yang murni dan memandu kita kejalan yang benar. Ingatlah bahawa ketaatan yang paling tinggi adalah tauhid dan kemaksiatan yang paling besar adalah syirik.

Ya-Allah, kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan,kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami,Negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu-padu,berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Lindungi kami daripada persengketaan,perpecahan , fitnah-memfitnah dan bencana alam.

Sunday, July 12, 2009

Syariat Agama ISLAM

Allah mensyariatkan sebagai agama kepada Nabi Muhammad sama seperti Dia mewasiatkan atau mewahyukan Nabi-Nabi yang dilantik sebelum baginda, misalan, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. Kesemuanya pula diperintah supaya melakukan agama menurut apa yang diwasiat atau diwahyukan, dan lagi, diperintah agar tidak berpecah belah di dalamnya.

Sebab utama umat berpecah belah dalam agama ialah kepercayaan yang berbeza, yang dimulakan oleh orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu mereka yang mendatangkan syariat atau syariah yang bukan daripada apa yang disyariatkan Allah. Demikian itu adalah kerana mereka membenci kepada wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman-Nya,

"Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.' Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan." (42:13)

Kebencian mereka menyebabkan kewujudan syariat yang selain daripada ditetapkan Allah dan Nabi. Namun, mereka diterima pula oleh umat sebagai sarjana-sarjana dalam agama yang harus ditaati. Penerimaan sedemikian rupa membelakangkan peringatan Allah mengenai orang-orang yang diberi petunjuk, iaitu diberi kepada siapa yang Dia kehendaki, bukan yang umat kehendaki. Contoh orang-orang yang Dia kehendaki untuk diberi petunjuk ialah mereka yang berkesesalan, yang sukar dikenalpasti.

Ditegaskan lagi iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah, dalam konteks di sini (kerana terdapat lagi sebab-sebab lain), adalah mereka yang mensyariatkan agama dengan apa yang tidak diizinkan Allah, atau yang tidak diwahyu atau diwasiatkan kepada Nabi-Nya. Ketegasan tersebut dapat difahamkan daripada firman Allah yang menyusul, berbunyi,

"Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan?" (42:21)

Perbuatan menyekutukan Allah adalah dosa besar. Ia tidak diampunkan. Firman Allah,

"Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar." (4:48)

Umat diberitahu lagi bahawa Nabi Muhammad telah dibuat oleh Tuhan berada di atas satu syariat atau syariah daripada Perintah-Nya. Baginda disuruh mengikutinya dan dilarang mengikuti orang-orang yang tidak tahu mengenainya. Firman-Nya,

"Kemudian Kami membuat kamu (Muhammad) di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia, dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui." (45:18)

Mereka yang tidak tahu adalah yang benar-benar tidak tahu kerana tidak mengkaji Perintah-Nya, atau, tidak mahu tahu kerana benci. Oleh kerana Nabi dilarang mengikuti mereka maka larangan tersebut juga jatuh ke atas umat.

Perintah Tuhan terdapat pada ayat-ayat-Nya yang menjadi bukti-bukti yang nyata bagi manusia. Perintah-Nya telah diturunkan sejak zaman sebelum Nabi Muhammad lagi. Malanganya ia telah diperselisihkan kerana sifat angkuh yang dipakai oleh sesetengah mereka. Perselisihan tersebut akan diputuskan sendiri oleh Allah pada Hari Kiamat. Demikian dinyatakan oleh ayat yang diturunkan sebelum ayat yang baru dicatat di atas:

"Kami memberikan mereka (orang-orang sebelum Nabi Muhammad) bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak memperselisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan." (45:17)

Untuk mengelakkan perselisihan yang terbit daripada ajaran Kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an maka Allah menurunkan al-Qur'an pula. Tugasnya yang pertama adalah untuk mengesahkan Kitab yang terdahulu. Kedua, untuk mengawal kandungan Kitab tersebut, seperti menunjukkan apa yang benar dan apa yang tidak, atau apa yang ada diperintah dan apa yang tiada.

Maka orang-orang yang bersenang hati mengikuti ajaran kitab Bible, kerana menyangka ia adalah Kitab sebenar yang diturunkan sebelum Nabi, lalu harus ditaati ajarannya, hendaklah mengetahui pula mana-mana ajaran atau perintah yang tidak disahkan oleh al-Qur'an. Kerana segala yang tidak disahkan harus ditolak.

Beberapa contoh ajaran daripada Bible yang sedang diamalkan oleh orang Islam dan yang tidak disahkan oleh al-Qur'an dapat dibaca dalam artikel Ajaran Islam daripada Bible. Mereka harus ditolak kerana mereka adalah hanya rekaan atau keinginan para sarjana agama yang menyekutukan Tuhan.

Kitab al-Qur'an yang diturunkan Allah merupakan juga satu ujian bagi orang-orang yang menerimanya. Di dalamnya terdapat peraturan (atau syariat) yang sudah ditentukan Allah. Peraturan serupa itu turut diberi kepada orang-orang terdahulu. Di samping peraturan tersebut, Allah menguji dengan memberi satu jalan yang terbuka untuk umat memilih sama ada mahu percaya atau tidak percaya kepadanya.

Kebebasan itu menjadikan umat tidak bersatu, lalu berpecah belah kerana terdapat golongan yang mengikuti keinginan sesetengah pihak, seperti para sarjana, yang mengabaikan Kitab Allah.

Akan tetapi, Nabi telah, dengan tegasnya, diperintah supaya mengikuti dan menghakimkan atau membuat keputusan menurut peraturan yang terkandung di dalam Kitab al-Qur'an. Firman-Nya,

"Dan Kami menurunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)

Lantaran itu, umat juga harus percaya dan menghakimkan atau membuat keputusan berpandukan Kitab al-Qur'an, macam Nabi Muhammad.

Akhir sekali, umat dinasihatkan supaya berlumba-lumba dalam kebajikan mengikut yang ditentukan Allah di dalam al-Qur'an. Dan tidak harus membuang masa dalam perselisihan yang diterbitkan oleh orang-orang yang menyekutukan Allah. Dia akan memberitahunya pada hari umat kembali kepada-Nya.


Rujukan:
Kalimat syariat di dalam al-Qur'an

Tuesday, July 7, 2009

Pas dan dasar kepuakan

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.

Hadis Nabi s.a.w seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman.

Ini bermakna asabiyah itu ialah semangat pembelaan jahiliah iaitu mempertahankan puak keturunannya walaupun puaknya itu berada dalam kebatilan (salah) dan zalim. Maka di atas dasar asabiyah inilah ia dilarang oleh Islam, bukannya asabiyah itu membela bangsa atau keturunan di atas jalan kebenaran.

Apabila UMNO pada satu ketika dituduh sebagai parti yang memperjuangkan dasar asabiyah oleh Pas (kerana terdapat perkataan Kebangsaan pada nama UMNO itu), perbandingan yang diberikan sebagai hujah Pas begitu mengelirukan malah melucukan. Pas mengatakan oleh kerana UMNO bermaksud United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, maka perkataan National atau Kebangsaan pada akronim UMNO telah ditafsir melulu sebagai asabiyah jahiliah.

UMNO bukanlah parti asabiyah iaitu yang mempertahankan kelompok sendiri walaupun kelompok itu melakukan kesalahan. Di dalam UMNO, sesiapa yang melakukan kesalahan, orang itu tidak akan dibela dan dipertahankan. Setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang oleh sebarang ahli UMNO, sekiranya ahli tersebut didapati melakukan kesalahan, tindakan tetap akan diambil, baik menteri kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya.

Tetapi berlainan halnya dengan Pas. Pas adalah parti asabiyah yang nyata kerana mempertahankan suku sakatnya walaupun yang terang-terang melakukan kesalahan sehingga sanggup berkelahi. Sebagai contoh, apabila Prof. Emeritus Dr. Shahnon Ahmad menulis novel SHIT yang mengandungi perkataan mencarut dan lucah, presiden Pas mempertahankan SHIT apabila dilaporkan sebagai berkata bahawa bahasa SHIT mudah difahami orang dan ia satu sumbangan besar.

Kita bertambah terkejut apabila Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di dalam hujahnya membela Shahnon, telah memberikan alasan bahawa mencela dan memaki hamun dibolehkan mengikut keadaan, kerana Tuhan juga mencela dan memaki hamun dalam Quran. Perbandingan sebegini tidak kena tempat dan amat mengelirukan. Mungkin alasan yang bakal diberikan nanti ialah akhbar tersilap membuat laporan.

Bercakap mengenai perbandingan yang tidak tepat ini, para pemimpin Pas amat gemar melakukannya. Misalnya pembawaan cerita Firaun dengan Nabi Musa, Abu Lahab dengan Nabi s.a.w dan sebagainya melalui ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang memberi pengertian halus bahawa mereka yang bukan ahli Pas (yakni UMNO) ialah golongan kafir seperti Firaun dan Abu Lahab.

Namun memang terdapat di dalam al-Quran di mana Allah s.w.t mencela Abu Lahab, Firaun, Qarun dan Haman. Abu Lahab ialah seorang kafir harbi. Apakah dalam konteks novel SHIT ini, orang yang dicela dan dimaki oleh Shahnon dan Pas itu seorang kafir harbi seperti Abu Lahab dan Firaun, maka ia juga boleh dicela sedemikian rupa? Malah tidak cukup dengan itu, perkataan yang diguna ialah perkataan mencarut dan lucah pula. Di manakah Pas meletakkan panduan ajaran Islam sepertimana firman Allah yang bermaksud; Dan serulah pada jalan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berbincang, berdialog dengan perkataan yang lebih baik?

Sekiranya kita tidak redha dengan perilaku saudara se-Islam, kita tidak boleh mendoakan supaya orang itu binasa. Sebaliknya kita sepatutnya mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah sebagaimana yang dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi s.a.w semasa menyeru golongan kafir Quraisy. Namun ketika Nabi s.a.w menyampaikan seruan Baginda, golongan kafir Quraisy ini telah melontarkan pelbagai kecaman kepada Nabi s.a.w dan sesetengah mereka telah melontar batu sehingga Nabi s.a.w luka berdarah, dan menyebabkan semua malaikat marah. Namun apakah balasan Nabi s.a.w terhadap tindakan pihak kafir Quraisy itu? Nabi s.a.w telah berdoa yang bermaksud: Wahai Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka kerana mereka tidak mengetahui. Sepatutnya perbuatan Nabi s.a.w menjadi teladan kepada kita semua, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam.

Dalam Surah al-Humazah, ayat 1, Allah telah berfirman, Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji. Di dalam sebuah hadis pula dinyatakan bahawa Islam menganjurkan kita berkata baik kerana berkata baik itu ialah sedekah.

Sikap Shahnon tidak mencerminkan kematangan beliau sebagai seorang ahli akademik yang dihormati. Sekiranya beliau lebih memahami, sepatutnya beliau meminta penjelasan daripada Perdana Menteri sendiri misalnya, bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan yang berlaku. Saya percaya novel ini hasil luahan emosi Shahnon yang hanya diasaskan kepada sumber-sumber berita sampingan sahaja.

Kalaupun terdapat kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin, Islam tidak menyuruh kita mengumpat, mencaci, mencarut dan memaki hamun secara terang-terangan. Sekiranya pemimpin tersilap, ada cara untuk menegur. Budaya maki hamun tidak mencerminkan seseorang itu bertamadun dan bermoral apatah lagi sekiranya alim ulama menggunakan budaya maki hamun atau mempertahankan maki hamun kerana maki hamun itu adalah budaya orang yang tidak bermaruah dan seterusnya menjatuhkan air muka sendiri. Tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w perkataan maki hamun. Allah dan Rasul tidak memaki hamun orang. Yang ada hanyalah celaan dan ancaman balasan pedih kepada orang-orang yang tidak beriman dan orang orang yang jahat.

Selain daripada sikap asabiyah yang mewarnai Pas, parti itu juga kini mempunyai trend melakukan tindakan dan percakapan yang bersifat jahiliah. Misalnya, mengatakan bahawa syaitan boleh diambil sebagai rakan seperjuangan, kerana menurut Pas, ada dalam al-Quran kisah Nabi Sulaiman menggunakan syaitan sebagai pembantu (sedangkan itu adalah mukjizat Nabi Sulaiman yang dikurniakan sebagai satu keistimewaan Allah s.w.t kepada Baginda).

Selain daripada itu, Mursyidul Am Pas juga dilaporkan sebagai berkata bahawa dibolehkan berdoa bagi kita umat Islam memusnahkan orang Islam lain, juga tindakan pemimpin negara ini digelar penjaga babi, dan sebagainya. Kesemua hal ini disokong dengan ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai justifikasi atau alasan yang menghalalkan pemimpin-pemimpin Pas ini mengatakan sedemikian tanpa mengira sama ada tepat atau tidak justifikasi mereka itu.

Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran Surah al-Baqarah, ayat: 41 yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya.

Kita dilarang memperalatkan al-Quran untuk kepentingan sempit peribadi dan parti atau kelompok kita sendiri.

Ilmu boleh menjadi panduan yang berguna, lebih-lebih lagi sekiranya ilmu itu adalah ilmu agama. Tetapi implikasinya juga amat besar sekiranya dipergunakan sebegitu rupa sehingga merosakkan masyarakat. Masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam di negara ini, amat mengharapkan tunjuk ajar yang baik daripada alim ulama. Tetapi sekiranya kita salah guna sehingga orang Islam berpecah dan menjadi bertambah keliru, ini amatlah dikesali.

Masyarakat harus sedar bahawa Pas hanya memperalatkan agama untuk mendapatkan kuasa. Dapat kuasa untuk apa? Melaksanakan Islam? Pada pendapat saya tidak, kerana untuk melaksanakan hukum takzir kepada ahli mereka yang berkhalwat sekalipun belum tentu mereka mampu laksanakan, sungguhpun mereka mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian. Bagaimana kita boleh menerima perjuangan untuk melaksanakan dasar Islam Pas ini sekiranya mencarut sekalipun boleh menjadi halal atas alasan ia ada dalam al-Quran?

Saya amat berharap kepada semua pemimpin Islam, alim ulama supaya menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah, memberi ulasan dan penjelasan tanpa mengira untung rugi politik yang sempit sepertimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: Katalah yang benar walaupun pahit. Apa yang kita perlu harapkan dari Allah ialah pahala yang banyak bukannya keuntungan dunia semata-mata. Semoga Malaysia terus kekal aman dan tenteram dan semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sunday, July 5, 2009

HUDUD...

Mohon DERHAKA!!!

HUDUD???

Ramai kononnya bijak pandai hari ini bercakap tentang Hudud tetapi masih tidak memahami apakah itu Hudud Allah. Ada dua jenis hudud. Pertama yang tidak boleh didekati apatah lagi dilanggari. Kedua, yang tidak boleh dilampaui.

Soal yang pertama ialah soal perbuatan. Ianya adalah suatu sempadan yang dihadkan oleh Allah. Asalnya kita berada diluar sempadan itu... Oleh yang demikian, pertama sekali janganlah kita mendekatinya. Dan sememangnya jangan sesekali ianya kita langgari. Kiranya kita melanggarinya maka akan ada hukuman duniawi untuk kita. Dan hukuman duniawi telah dihad(hudud=jama')kan oleh Allah. Contohnya, Zina. Kalau kita langgar sempadan dan buat Zina, maka hukumannya 100 kali sebat.

Penyebat yang nak menyebat Penzina hanya boleh melakukan sedemikian sekiranya Hakim telah memutuskan hukuman itu boleh dilaksanakan. Dan Hakim hanya akan memutuskan sebatan 100 kali sekiranya...

(i) Terdapat bukti 4 orang Saski Mata yang memberikan Testimonial. Siqah dan keperibadian 4 Saski Mata itu pula mestilah melepasi ujian sebagai Mukmin dan tidak Fasiq.

(ii) Iqrar atau pengakuan daripada Penzina itu sendiri. Hakim kena berpuas hati bahawa pengakuannnya(penzina) adalah bebas daripada sebarang unsur undue influence dan duress.

Adapun, Hudud yang lagi satu ialah hudud-hudud Alah yang tidak boleh dilampaui... Contohnya, boleh berkawan dengan orang Kafir tetapi hanya yang Zimmi. Kalau berkawan dengan yang Harbi maknanya mereka telah melampaui Had(hudud) Allah.

Kedua, Boleh belajar apa jua ilmu terbatas kepada mengamalkannya seperti ilmu Hak Asasi... Dalam Islam, soal hak setiap individu diterjemahkan dalam konsep Al Adl Wa Al Ikhsaan. Jadi had(hudud) ini janganlah dilampaui.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Hudud ini dilampaui. Jawapanya Laknat daripada Allah.

Saturday, July 4, 2009

UMNO


Pa – Pertubuhan

Kaf – Kebangsaan

Mim – Melayu

Ba-ra – Bersatu

Friday, May 29, 2009

PYBS

Perjuangan Yang Belum Selesai

Hargailah Diri Kita