Friday, April 12, 2013

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, InggerisUnited Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[2] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[3]

Zaman Dato Onn Sejarah UMNO

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhanMelayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah danEncik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNOMCA dan MICmengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO danBarisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (KedahPulau PinangPerak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

UMNO Juara Rakyat

2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang akan memulakan tahun baru dengan pelancaran program UMNO Juara Rakyat. Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak. Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.Menerusi program ini juga akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.

Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO

Tujuh Elemen penting tersebut ialah:Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema Mendahulukan Rakyat sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.
  • Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.
  • Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
  • Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
  • UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
  • Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.

Peranan UMNO Merubah Orang Melayu
Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:
  • Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
  • Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
  • Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
  • Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.

Lagu UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Presiden UMNO

Rencana utama: Presiden UMNO
NamaTempoh perkhidmatan
Dato’ Onn bin Jaafar11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971
Tun Abdul Razak Dato' Hussein24 Januari 1971 - 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn14 Januari 1976 - 28 Jun 1981
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi30 Oktober 2003 - 28 Mac 2009
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak28 Mac 2009 - Kini

Trivia

Dato' Onn mencadangkan nama Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malays Organisation) UMO bagi pertubuhan yang baru dibentuk itu. Bagaimanapun, Pendita Zaaba mencadangkan ditambah perkataan 'kebangsaan' pada nama pertubuhan bagi mencherminkan dasar pertubuhan yang lebih merangkumi seluruh negara.
Cadangan Pendita Zaaba telah mendapat persetujuan orang ramai.
Keputusannya, persidangan bersetuju menukar nama parti dari 'UMO' kepada 'UMNO'.

Rujukan

  • Ibrahim Mahmood (1981), Sejarah perjuangan UMNO, penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur.
  1.  Penubuhan UMNO, UMNO Online
  2.  http://umno-online.com/?page_id=2787
  3.  UMNO Online. Tujuan Parti 3.6. Dari: http://umno-online.com/?page_id=2787

No comments:

Post a Comment